PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN

Khamis, 15 Mei 2014

kenali apa itu Nakhbah??

| Kenali apa itu Nakbah 15 Mei
Masuk tahun ini, 15 Mei menyambut ulang tahun ke-66 atau “malapetaka” yang menimpa Palestin dengan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948. Perkara yang sering menjadi persoalan adalah sejauh mana perubahan demografi (taburan penduduk) di bumi Palestin berlaku. Zionis dan negara haram ‘Israel’ mempunyai dua langkah utama untuk mewujudkan perangkaan penduduk agar Yahudi menjadi warga majoriti mengatasi kaum Arab Palestin iaitu dengan melakukan serangan terhadap pribumi yang berakhir dengan pengusiran warga Arab Palestin dari perkampungan dan tanah air mereka. Manakala, pengganas Yahudi dengan sokongan British telah melakukan 44 serangan berdarah terhadap orang-orang Palestin pada tahun 1948. Akibatnya, kira-kira 850,000 warga Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka hingga tanggal 15 Mei 1948. Para pelarian tersebut berasal dari 531 bandar dan perkampungan di Palestin.
Langkah kedua, Zionis Israel berjaya merealisasikan objektif penubuhan negara haram ‘Israel’ pada tahun 1948 setelah Zionis melakukan penghapusan etnik secara terancang melalui pewujudan status quo dengan menarik warga Yahudi dari luar negara berimigrasi ke bumi Palestin yang dijajah itu. Usaha ini mampu menarik sekitar 650,000 orang bangsa Yahudi dari berbagai penjuru dunia.
Perang etnik yang dilancarkan oleh Zionis di bumi Palestin bermula dari 30 November 1947 sehingga Majlis Keselamatan PBB mengakhiri mandat pemerintahan British di Palestin pada 15 Mei 1948. Ketika itu, bangsa Yahudi hanya menguasai kira-kira 5.8% wilayah Palestin. Setelah itu penaklukan terhadap wilayah kaum Arab Palestin dilakukan secara berperingkat-peringkat menerusi peperangan tahun 1948, 1956,1967,1978, 1982 dan 2002.
Tahun 1948, berlaku pengambilan wilayah Galilee, Auja dan luar bandar Jerusalem di mana kawasan ini adalah milik negara Palestin menurut Resolusi PBB 181. Ketika British menjajah Palestin tahun 1917, jumlah Yahudi hanya sekitar 50,000 dan ketika British melepaskan mandat kepada Israel, jumlah pendatang Yahudi bertambah 10 kali ganda hingga mencapai setengah juta orang.
Fasa pertama peperangan di Palestin pada tahun 1948, Yahudi membeli senjata dan kelengkapan perang dari tentera British berupa 24 buah pesawat bernilai lima juta pound (Mesir). Warga Arab Palestin mula menyusun tindakan mempertahankan diri. Mereka cuba mengatasi kekuatan ketenteraan Zionis dengan berusaha mendapatkan bekalan senjata dan latihan dari Damsyik, Beirut dan Kaherah.
Pada awal tahun 1948, tatkala British masih berkuasa di Palestin, bangsa Yahudi sudah menyelinap masuk dalam pemerintahan dan pertahanan berjumlah lebih 45,000 pasukan termasuk unit komando Palmach serta kumpulan Aragon dan Sterin. Manakala jumlah pasukan tentera revolusi Palestin hanyalah berjumlah 2,500 orang dan 4,000 sukarelawan Arab Palestin yang dikenali sebagai Jaysh al-Inqaz (tentera Penyelamat) yang masuk ke Palestin secara berperingkat. Ini bermakna, tentera Arab Palestin hanya berbekalkan senjata ringan dan sederhana dalam menghadapi tentera Zionis Yahudi yang memiliki senjata berat di darat atau udara. Pada ketika itu nisbah tentera Palestin ialah 1 orang berhadapan dengan enam orang tentera Yahudi.
Pada awal tahun 1948, berlaku beberapa kes letupan yang didalangi oleh pengganas Yahudi Hagana di Yafa, Haifa dan mengorbankan warga Palestin. Tujuannya adalah untuk mengusir penduduk asal Palestin dari tempat tinggal mereka. Kumpulan pengganas Hagana dan Palmach kemudian menghalau warga Palestin keluar secara beramai-ramai.
Ketika itu, Yitzhak Rabin adalah komandan pasukan Palmach yang mengetuai gerakan pengusiran warga Palestin dari perkampungan Qisriah di Haifa tengah dan menghancurkannya. David Ben Gurion juga pernah menegaskan agar setiap serangan yang dilancarkan oleh Zionis mesti bertujuan untuk menghancurkan kediaman orang Palestin dan mengusir penghuninya.
Setelah itu Zionis terus mengundang bangsa Yahudi dari seluruh pelosok dunia datang ke Palestin. Usaha ini tidak pernah berhenti. Hingga tahun 2013, jumlah pendatang Yahudi ke Palestin sudah mencapai angka 6,042,000 orang. Sejumlah 40% dari mereka adalah Yahudi Barat Ashkenazi, 36% Yahudi Timur Sephardic, sementara Yahudi Sabira yang dilahirkan di Palestin adalah sebanyak 24% daripada jumlah keseluruhan.
Pengganas Zionis pada tahun 1948 telah menghalau sebanyak 850,000 etnik Palestin yang mana mereka adalah terdiri daripada 61% daripada keseluruhan warga Palestin yang mencecah 1.4 juta penduduk. Mereka akhirnya menjadi pelarian dan jumlah mereka kini di tahun 2013 menjadi kira-kira enam juta orang. Manakala pada tahun 1967, Israel melakukan pengusiran sekali lagi terhadap 460,000 warga Palestin setelah mereka menjajah Tebing Barat dan Gaza. Jumlah itu kini bertambah menjadi 1.4 juta.
Sementara itu masih terdapat 151,000 warga Arab Palestin saat itu yang masih bertahan di wilayah Palestin yang dijajah Israel. Pada tahun 2013, jumlah mereka bertambah menjadi 1.6 juta orang. Mereka kini berstatus sebagai pemastautin di ‘negara orang’ iaitu Israel. Mereka merupakan kelompok minoriti iaitu 20% daripada keseluruhan penduduk Israel. Pemastautin Palestin ini hanya memiliki 2% tanah saja daripada wilayah yang dikuasai Israel.
Namun demikian, keseluruhan jumlah warga Palestin sama ada di dalam wilayah Israel atau di luarnya mencecah 11.6 juta orang sehingga awal tahun 2013. Sejumlah kira-kira 6 juta warga Palestin berada di Tebing Barat, Gaza dan wilayah jajahan.
Kini, setelah 65 tahun. tertegaknya negara haram ‘Israel’ (1948-2013), projek demografi Israel ini masih belum mencapai matlamat kerana jumlah penduduk Yahudi yang kira-kira 6 juta itu masih seimbang dengan penduduk Arab Palestin. Oleh itu, ‘Israel’ masih membina penempatan penduduk secara drastik terutamanya di ibu negara Jerusalem (Baitulmaqdis) bermula pada tahun lalu.
Musuh Islam sepanjang masa berjuang untuk menjatuhkan Islam, demi merealisasikan matlamat mereka tanpa peduli penat lelah. Apa yang masih kita lakukan sekarang?

Isnin, 12 Mei 2014

Ketetapan dari ilahi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam seharian hidup kita,
pasti akan ada sedikit kedukaan,
tanpa kita sedari kedukaan itu datangnya dari kita sendiri,
setiap perkara yang terjadi telah di tetapkan oleh Ilahi,
namun,
hakikatnya kita sebagai manusia
mampu mengubah sesuatu perkara,

firmanNYA dalam surah Ar-Ra'd ayat 11
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .

apakah hikmah dari sepenggal ayat di atas??

hakikat seorang hamba,
ingatlah bahawa,
Allah tidak akan mendatangkan sesuatu perkara
seandainya kita tidak mampu!

Sabtu, 10 Mei 2014

Kebahagian sebuah anugerah

Bismillah,

setiap orang mengimpikan sebuah kebahagian,
mana tidaknya, bahagia itu satu nikmat!
tanpa kebahagian hidup "ibarat lampu yang malap".

Tanggal 1 Februari 2014,
hari yang bermakna buat teman sekuliah
Bani & K.Auni,
Allah menyatukan hati mereka di usia mereka masih menuntut ilmu,
pelbagai amanah yang akan pikulkan,
namun,
mereka mampu membuktikan
walaupun di usia masih menuntut ilmu,
mereka mampu memikul tanggungjawab yang sepatutnya,
itulah anugerah yang Allah kurniakan pada mereka,
Namun tiada siapa yang tahu
di sebalik anugerah yang Allah berikan itu,
terdapat 1001 rahsia yang Allah tetapkan pada kita,
hakikatnya,
kita manusia yang lemah,
hanya mampu berdoa dengan nikmat yang Allah berikan ini,



majlis sekitar akad nikah

majlis sebelah pihak perempuan

pasangan yang sweet

setelah genap 4 bulan mengemudi bahtera rumah tangga,

Allah kurniakan pelbagai nikmat pada mereka,
Allah berikan mereka kebahagiaan yang tak terhingga,
di satu saat,
Allah menguji mereka tanpa diduga,
sesaat saja tak mampu kita ungkapkan,
Allah menarik nikmat yang di berikan
dalam sekelip mata,




semasa di hospital pakar fatimah, muar, johor



tanggal 18 april 2014,

kami pelajar dakwah di kejutkan dengan satu berita sedih,
sahabat kami yang juga pasangan pertama dalam kuliah dakwah
yang mendirikan Baitul muslim, telah menimpa kemalangan,
menjadikan episod hitam dalam kamus hidup kami,
pelajar dakawah tahun tiga,

tak sanggup di lihat,
ujian yang ditimpa pada pasangan itu,
namun,
kita manusia yang kerdil di matanya
hanya mampu berdoa,
agar mereka di beri kekuatan biarpun sementara waktu,
untuk menghadapi ujian ini,

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,
sesungguhnya ujian yang Allah berikan itu,
hanya  Allah yang tahu,
kekadang kita mempersoalkan,
Ya Allah, kenapa aku di uji??
sedangkan, Allah mengetahui tentang ujian itu,
hakikatnya kita manusia yang lemah ini,
bersyukurlah!
ujian itu bukti Allah merindui dan menyayangi kita
tanpa kita sedar,
Allah datangkan ujian ini
Allah menegur kealpaan kita melalui pelbagai cara,

benarlah firmanNYA, di dalam surah Al-Baqarah ayat 286:


sesungguhnya,
apa yang kita rasa terbaik buat kita,
belum tentu terbaik bagi Allah,
sesungguhnya segala yang terbaik adalah
dariNYA.



hanya titipan doa & kata-kata semangat yang mampu memotivasikan mereka
Alhamdulillah,
biarpun di uji dengan sebegini rupa,
namun 
mereka tetap tabah mengharungi ujian tersebut,
terpancar wajah kegembiraan, kesedihan, kekuatan serta keazaman 
yang kuat yang di tonjolkan kepada kami
saat kami menziarahinya,
dia masih mampu berikan kami sebuah senyuman yang begitu ikhlas
biarpun menahan sakit,
setiap saat, sahabat demi sahabat,
keluarga demi keluarga
tidak pernah putus memberikan mereka kata-kata semangat,

Alhamdulillah,
akhirnya, Allah berikan mereka kekuatan tersebut sampai hari ini.
itulah nikmat bagi mereka yang bersabar!
sesungguhnya, kesabaran itu adalah satu nikmat,
malah satu anugerah yang di berikan olehNYA kepada kita semua!

doaku,
moga mereka kekal hingga ke syurga
moga mereka titipkan setiap saat dengan
sebuah KESABARAN.
erti sebuah kesabaran itu terlalu besar 
tak mampu di ungkapkan dengan kata-kata.